Hubungan Pencapaian Kursus Matematik Kejuruteraan 1 dan 2 Dengan Prestasi Kursus Matematik Kejuruteraan Elektrik

Authors

  • Mohd Radhi Musa Jabatan Matematik Sains & Komputer, Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author
  • Dzatiah Mohamad Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author
  • Hazanal Suzima Hassan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author

Keywords:

Matematik Kejuruteraan 1, Matematik Kejuruteraan 2, Matematik Kejuruteraan Elektrik, ujian korelasi Pearson, politeknik

Abstract

Kursus Matematik Kejuruteraan Elektrik (DBM30043) adalah di antara tiga kursus matematik yang wajib lulus bagi para pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) untuk memastikan mereka akan tamat pengajian dalam masa yang telah ditentukan.  Setiap semester kadar kegagalan bagi kursus ini agak tinggi iaitu di antara 15% hingga 33% daripada keseluruhan pelajar JKE walhal mereka telah pun lulus dua kursus matematik kejuruteraan sebelum ini. Oleh itu fokus kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana hubungan pencapaian di antara kursus Matematik Kejuruteraan 1 (DBM10013) dan Matematik Kejuruteraan 2 (DBM20023) terhadap prestasi kursus Matematik Kejuruteraan Elektrik (DBM30043) di Politeknik Mukah, Sarawak. Dalam kajian ini, penyelidik menganalisis daripada set data sekunder Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) dan Unit Peperiksaan Politeknik Mukah melibatkan seramai 36 orang pelajar daripada JKE yang mengambil kursus DBM30043 pada Sesi I 2023/2024 menggunakan Microsoft Excel version 2019 untuk Ujian Korelasi Pearson dan Ujian Regresi Linear Berbilang. Keputusan bagi kedua-dua ujian ini memberi interpretasi bahawa ada hubungan yang amat positif di antara pencapaian kursus DBM10013 dan DBM20023 terhadap prestasi kursus DBM30043. Sehubungan dengan itu pencapaian dua kursus matematik terdahulu perlu diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya bagi setiap para pensyarah yang akan mengajar kursus DBM30043 kerana ianya memberi kelebihan kepada mereka yang telah cemerlang dalam dua kursus sebelum itu. Kesimpulannya untuk meningkatkan lagi prestasi kursus DBM30043 ini tidaklah mencukupi dengan kajian ini semata-mata bahkan perlu lagi membuat kajian terperinci berkenaan faktor kejayaan dan juga faktor kegagalan bagi kursus tersebut.

Downloads

Published

2025-07-03

How to Cite

Hubungan Pencapaian Kursus Matematik Kejuruteraan 1 dan 2 Dengan Prestasi Kursus Matematik Kejuruteraan Elektrik. (2025). Proceeding Of International Conference on Engineering, Technology & Social Science (ICETSS), 1, 247-251. https://icetss.pmu.edu.my/index.php/icetss2024/article/view/85

Similar Articles

11-20 of 38

You may also start an advanced similarity search for this article.