Keberkesanan Aplikasi Smart Solat Sebagai Pemudahcara Pemahaman Tentang Solat

Authors

  • Shakinah Mustapha Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author
  • Farah Hanan Abu Bakar Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author
  • Fayzatol Jamiyaah Abdull Rahim Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author

Keywords:

Keberkesanan, aplikasi, solat

Abstract

Aplikasi Smart Solat telah dibangunkan dan diaplikasikan oleh pelajar pada sesi I 2022/2023 dan sesi II 2023/2024. Justeru, kajian ke atas aplikasi ini dibuat bagi menilai keberkesanan penggunaannya. Aplikasi Smart Solat telah dibangunkan bertujuan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan keupayaan membaca bacaan dalam solat dengan lancar. Selain itu, aplikasi ini juga dihasilkan bagi memenuhi kehendak dan keupayaan pelajar dalam memperbaiki ibadah solat serta penggunaanya dapat memberi manfaat kepada pelajar institusi lain. Kajian keberkesanan ini dilaksanakan berbentuk kuantitatif melalui borang soal selidik yang diterjemahkan di dalam google form. Jumlah responden yang terlibat terdiri daripada 80 orang pelajar Islam sesi I 2022/2023 dan sesi II 2023/2024. Data kajian ini menggunakan skala likert 1 hingga 5 untuk ukuran hasil dapatan serta dianalisis bagi mendapatkan data deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 untuk mendapatkan nilai min, kekerapan dan peratusan. Analisis keberkesanan telah dijalankan untuk menentukan keserasian penggunaanya kepada pelajar. Hasil kajian ini mendapati majoriti responden bersetuju aplikasi ini memberikan manfaat kepada mereka seperti meningkatkan tahap penguasaan bacaan dalam solat dan membetulkan bacaan melalui audio yang telah disediakan. Sehubungan itu, ia menunjukkan keberkesanan yang sangat baik terhadap aplikasi Smart solat ini. Diharap inovasi aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar Islam Politeknik Mukah setelah penambahbaikan dibuat hasil daripada maklumbalas kajian.

Downloads

Published

2025-07-03

How to Cite

Keberkesanan Aplikasi Smart Solat Sebagai Pemudahcara Pemahaman Tentang Solat. (2025). Proceeding Of International Conference on Engineering, Technology & Social Science (ICETSS), 1, 81-84. https://icetss.pmu.edu.my/index.php/icetss2024/article/view/34

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.