Tahap Penguasaan Bacaan Solat Dalam Kalangan Pelajar Muslim Politeknik Mukah Sarawak
Keywords:
Penguasaan bacaan, solatAbstract
Solat adalah kewajipan bagi setiap Muslim dan dilaksanakan lima kali sehari pada waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak. Individu Muslim yang sentiasa menunaikan ibadah solat ini dapat menjauhkan diri daripada perkara mungkar dan mendekatkan diri dengan pencipta semesta alam. Justeru, mempelajari dan memahami bacaan solat adalah kewajiban yang harus diamalkan oleh setiap Muslim agar dapat menghayati dan memahami ibadah tersebut. maksud bacaan dalam solat tersebut. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengidentifikasi tahap pelaksanaan solat dan penguasaan bacaan solat di kalangan pelajar Muslim di Politeknik Mukah. Seramai 110 orang responden dari kalangan pelajar Muslim Politeknik Mukah yang pernah mengikuti kursus MPU23032 Pengajian Islam yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan analisis deskriptif yang menggunakan perisian SPSS versi 21.0 (Statistical Package for Social Sciences versi 21) untuk menganalisis data. Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa item soal selidik yang digunakan dalam kajian ini memiliki kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Alpha Cronbach sebanyak 0.921. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan solat adalah tinggi, dengan nilai minimum 3.92 dan sisihan piawai sebanyak 0.527 dan penguasaan bacaan solat oleh pelajar Muslim di Politeknik Mukah berada pada tahap yang tinggi (Min= 3.92, SP= 0.661). Secara kesimpulannya, penyelidik mencadangkan penambahbaikkan terhadap pelaksanaan solat dan penguasaan bacaan dalam solat melalui penganjuran program seperti Kem Smart Solat, penilaian bacaan dalam solat dan tunjuk cara terhadap pelajar melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi menyelesaikan beberapa isu atau permasalahan dalam solat.