Keberkesanan Kaedah Kelas Berbalik Terhadap Pencapaian dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar Bagi Matapelajaran Kimia

Authors

  • Nurafida Zamhari Maktab Rendah Sains MARA Mukah, Jalan Bestari, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author

Keywords:

Kelas berbalik, kemahiran berfikir aras tinggi, konstruktivisme sosial, ujian Wilcoxon

Abstract

Perubahan pesat teknologi dan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengetengahkan pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan membawa kepada pelaksanaan kaedah kelas berbalik di sekolah. Kaedah kelas berbalik menambah masa interaksi pelajar dan guru serta mewujudkan suasana pembelajaran aktif sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar.  Konsep abstrak dalam matapelajaran kimia yang tidak dapat dilihat menjadikan matapelajaran kimia sukar difahami. Maka dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berbeza mengikut keperluan individu adalah penting bagi membantu pelajar memahami konsep pembelajaran dengan baik. Justeru itu, satu kajian tindakan dirangka yang bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah kelas berbalik dalam pembelajaran kimia terhadap pencapaian pelajar dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar. Reka bentuk pra eksperimen satu kumpulan pra ujian-pasca ujian telah digunakan dalam kajian ini tanpa kumpulan kawalan. Instrumen kajian ini menggunakan ujian pra-pasca pencapaian pelajar dan ujian pra-pasca Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar. Kajian ini dijalankan ke atas 25 orang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah di Sarawak. Dapatan kajian mendapati peningkatan nilai min markah pencapaian pelajar dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) masing-masing sebanyak 22.0% dan 15.6% setelah menggunakan kaedah pembelajaran kelas berbalik. Hasil dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui analisis inferensi menggunakan ujian Wilcoxon dimana terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min markah di antara ujian pra dan pasca pencapaian pelajar dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar setelah menggunakan kaedah pembelajaran kelas berbalik. Kaedah pembelajaran kelas berbalik dapat meningkatkan interaksi di dalam kelas dan memanfaatkan masa pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Kesimpulannya, pembelajaran melalui kelas berbalik telah memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar dalam matapelajaran kimia.

Downloads

Published

2025-07-03

How to Cite

Keberkesanan Kaedah Kelas Berbalik Terhadap Pencapaian dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar Bagi Matapelajaran Kimia. (2025). Proceeding Of International Conference on Engineering, Technology & Social Science (ICETSS), 1, 120-125. https://icetss.pmu.edu.my/index.php/icetss2024/article/view/46

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.