Pengetahuan dan Sikap Pelajar Politeknik Sandakan Sabah Terhadap Kesedaran Keterjaminan Makanan
Keywords:
Keterjaminan makanan, kesedaran, pertanianAbstract
Isu keterjaminan makanan merupakan isu hangat yang diperdebatkan di seluruh dunia dimana bekalan makanan yang mencukupi merupakan perkara asas yang perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Industri pertanian merupakan tunjang utama dalam menangani masalah keterjaminan makanan. Justeru itu, pelajar di dalam bidang pertanian khususnya haruslah peka tentang isu keterjaminan makanan. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan sikap pelajar terhadap kesedaran keterjaminan makanan dan pengaruh program pengajian dalam menentukan tahap kesedaran pelajar terhadap keterjaminan makanan. Seramai 210 orang pelajar semester akhir Program Diploma Agroteknologi dan Program Diploma Akuakultur menjadi responden bagi soal selidik ini. Data yang diperolehi daripada semua responden ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif (min dan sisihan piawai), kebolehpercayaan dan hubungan korelasi. Hasil dari kajian mendapati julat min yang tinggi untuk pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar terhadap keterjaminan makanan diperoleh di mana rata-rata julat min mencapai lebih dari 3.50 nilai min dan nilai min untuk kesedaran adalah yang tertinggi dimana julat min lebih dari 4.50 nilai min. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perhubungan yang signifikan diantara tahap pengetahuan dan tahap sikap pelajar terhadap kesedaran keterjaminan makanan dimana kedua-dua unsur yang dianalisis menunjukkan nilai p 0.001. Dapatan kajian juga mendapati kedua-dua program pengajian yang di ambil pelajar Politeknik Sandakan Sabah memberi kesan yang positif terhadap kesedaran keterjaminan makanan dimana tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara program pengajian Diploma Agroteknologi dan Diploma Akuakultur di Politeknik Sandakan Sabah terhadap kesedaran keterjaminan makanan. Ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua program pengajian ini memberi impak yang besar kepada pelajar dalam memahami dan meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap isu keterjaminan makanan. Kesimpulannya, pelajar bidang pertanian di Politeknik Sandakan Sabah mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pengetahuan dan sikap berkaitan kesedaran keterjaminan makanan negara.