Kajian Faktor Kecenderungan Minat Pensyarah Dalam Menjalankan Kursus Pendek Di Kolej Komuniti Muar

Authors

  • Zaliha Senin Kolej Komuniti Muar, No 27-37 Pusat Perniagaan Sulaiman, Jalan Sulaiman, 84000 Muar, Johor, Malaysia Author
  • Siti Normah Suib Kolej Komuniti Batu Pahat, Jalan EH, Taman Evergreen Height, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia Author
  • Ridzuan Aris Kolej Komuniti Ledang, KM 5 Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Johor, Malaysia Author

Keywords:

Kursus pendek, mempengaruhi minat, pensyarah

Abstract

Kolej Komuniti Muar, Johor (KKMJ) juga melaksanakan pendekatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam menyediakan pelbagai kursus kepada masyarakat setempat dengan melibatkan kepakaran pensyarah dalaman. Walaupun terdapat sejumlah kecil pensyarah yang kurang berminat untuk mengendalikan kursus PSH, namun KKMJ tetap berusaha untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat pensyarah dalam menjalankan kursus pendek. Kajian ini melibatkan 21 pensyarah KKMJ yang terdiri daripada empat (4) program berbeza. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pensyarah terhadap tatacara pelaksanaan kursus pendek dan faktor-faktor yang mempengaruhi minat pensyarah untuk menjalankan kursus pendek di Kolej Komuniti Muar. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan perisian Statistical for Social Science (SPSS) versi 26. Dengan hasil dapatan kajian, diharapkan cadangan-cadangan yang sesuai dapat dilaksanakan, seperti sistem ganjaran kepada pensyarah yang mencapai KPI, peruntukan kewangan kepada pensyarah yang terlibat dalam PSH, serta penambahbaikan fasiliti dan peralatan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Daripada kajian yang dilakukan, didapati bahawa para pensyarah di Kolej Komuniti Muar, Johor, memiliki pengetahuan yang memadai tentang prosedur menjalankan kursus pendek, dengan nilai minimum keseluruhan mencapai 4.22. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi minat pensyarah untuk mengendalikan kursus pendek di KKMJ memperoleh nilai minimum keseluruhan sebanyak 4.15. Berdasarkan penemuan ini, beberapa cadangan telah dicadangkan, termasuk pelaksanaan sistem ganjaran kepada pensyarah yang mencapai KPI, penyediaan peruntukan kewangan kepada pensyarah yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PSH), dan peningkatan fasiliti dan peralatan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.

Downloads

Published

2025-07-03

How to Cite

Kajian Faktor Kecenderungan Minat Pensyarah Dalam Menjalankan Kursus Pendek Di Kolej Komuniti Muar. (2025). Proceeding Of International Conference on Engineering, Technology & Social Science (ICETSS), 1, 133-137. https://icetss.pmu.edu.my/index.php/icetss2024/article/view/50

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.