Tahap Keberkesanan dan Penerimaan Penggunaan Sistem e-Senggara di Politeknik Mukah

Authors

  • Iskandar Reduan Pejabat Pengarah, Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author
  • Bong Siaw Wee Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author
  • Kessy Enting Unit Teknologi Maklumat, Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia Author

Keywords:

Senggara, aduan kerosakan, perisian, teori model penerimaan teknologi

Abstract

Unit Pembangunan & Penyelenggaraan Fasiliti (UPPF) merupakan satu unit sokongan yang amat penting di Politeknik Mukah (PMU). Unit sokongan ini perlu memastikan semua pembangunan dan pengurusan fasiliti di PMU dirancang dan diuruskan dengan sempurna dan mampan. Warga PMU boleh membuat aduan kerosakan pembangunan dan fasiliti dengan mengisi borang secara manual dan seterusnya hantar borang tersebut kepada UPPF. Keadah tradisional ini adalah kurang kecekapan dan proses juga agar lama. Oleh itu, Sistem e-Senggara telah dibangunkan untuk memberi kemudahan dan persekitaran kerja yang selesa kepada warga PMU.  Bagi memperkuatkan lagi fungsi Sistem e-Senggara ini, aduan kerosakan peralatan teknikal di bawah seliaan Unit Teknologi Maklumat (UTM), dan Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UIDM) turut dirangkumkan di dalam sistem ini. Sistem e-Senggara ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, pangkalan data MySQL. Perisian Sublime Text untuk pembangunan antaramuka dan Zurb Foundation 6 sebagai platform bagi mempercepatkan lagi pembangunan antaramuka. Reka bentuk sistem ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu antaramuka pengguna biasa, antaramuka ketua unit, dan antaramuka pentadbir sistem. Pengurusan tertinggi PMU boleh akses Modul Semak Status Aduan bagi melihat kesemua aduan yang dibuat mengikut tahun dan status semasa aduan. Kajian tentang tahap keberkesanan dan penerimaan penggunaan Sistem e-Senggara telah diedarkan kepada semua warga PMU. Soal selidik dalam kajian ini adalah berasaskan pendekatan Teori Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kaedah soal selidik telah dipilih sebagai instrumen kajian ini dengan menggunakan Skala Likert. Data soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 26. Seramai 97 responden telah mengambil bahagian dalam tinjaun tersebut daripada jumlah populasi sekitar 250 orang. Analisis skor min bagi tanggapan kebergunaan adalah berada pada tahap tinggi iaitu 4.5711, manakala analisis skor min bagi tanggapan kemudahgunaan Sistem e-Senggara juga ada kerosakan pembangunan dan fasiliti lah pada tahap tinggi iaitu 4.6082. Hasil kajian penyelidikan ini telah menunjukkan bahawa Sistem e-Senggara dapat mengurusan aduan kerosakan pembangunan dan ICT dengan lebih berkesan dan cekap, serta menjimat masa dan kos. Staf dan pelajar PMU boleh berada di suasana tempat belajar ataupun kerja yang selesai serta fasiliti yang sempurna.

Downloads

Published

2025-07-03

How to Cite

Tahap Keberkesanan dan Penerimaan Penggunaan Sistem e-Senggara di Politeknik Mukah. (2025). Proceeding Of International Conference on Engineering, Technology & Social Science (ICETSS), 1, 112-119. https://icetss.pmu.edu.my/index.php/icetss2024/article/view/45