Indeks Sara Hidup Pelajar Politeknik Mukah
Keywords:
Kos sara hidup Politeknik Mukah, indeks kos sara hidup, stratergi pelaksanaan inisiatif KPT menangani kos sara hidup di politeknikAbstract
Peningkatan kos sara hidup mula kian memberi bebanan dan sedang menjadi topik yang hangat diperbincangkan oleh masyarakat di Malaysia di bandar atau di luar bandar. Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga adalah dalam golongan yang masih menghadapi kesesakan hidup akibat krisis kos sara hidup dengan menghadapi tekanan stress dalam kehidupan seharian di kampus. Persoalan kajian ini adalah adakah sumber pendapatan yang diberikan mencukupi atau tidak dengan kos sara hidup yang ditanggung oleh pelajar sepanjang pengajian ini? Kajian ini bertujuan menganalisis sumber pendapatan pelajar, mengenalpasti kos tanggungan perbelanjaan dan mengira indeks kos sara hidup pelajar. Politeknik Mukah Sarawak telah dipilih sebagai sampel kajian dengan mengedarkan borang kaji selidik secara atas talian untuk mendapatkan data kajian. Dapatan hasil maklum balas responden telah dianalisis mengunakan pakej perisian statistik (SPSS) dan Microsoft Excel. Hasil dapatan kajian menunjukkan sumber pendapatan pelajar yang paling ramai adalah daripada ibu bapa dengan peratusan 93.8%, tiada sebarang bantuan atau penajaan adalah 72.1% dan pelajar yang menerima penajaan pinjaman dan biasiswa ialah 27.9%. Jumlah satu bulan pendapatan pelajar ialah RM341,840.79 dengan anggaran purata pendapatan seorang pelajar RM821.73 per bulan. Nilai jumlah keseluruhan perbelanjaan pelajar dalam sebulan pula ialah RM 234,180.30 dan anggaran perbelanjaan seorang pelajar ialah RM562.93. Hasil dapatan kos sumber kewangan dan kos perbelanjaan pelajar menunjukkan nilai indeks kos sara hidup ialah 0.69. Hasil pengiraan indeks yang kurang daripada satu menunjukkan bahawa sumber pendapatan pelajar Politeknik Mukah masih mencukupi dalam menampung perbelanjaan sepanjang pengajian mereka. Diharap melalui kajian ini , akan dijadikan sumber rujukan oleh masyarakat supaya dapat membuat persediaan terutama berkaitan kewangan. Manakala bagi pihak yang menjaga kebajikan pelajar seperti Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar agar lebih cakna dan menjadi penanda aras bagi pelaksanaan Stratergi Pelaksanaan Inisiatif KPT Menangani Kos Sara Hidup di Politeknik Tahun 2024.