Pembangunan Aplikasi Mudah Alih RapidReport bagi Memudahkan Penyediaan Dokumen dan Laporan Aktiviti Pelajar Pusat Islam PSMZA

Authors

  • Mohd Fariz Abdul Azziz Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia Author
  • Sharifuddin Ahmad Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia Author
  • Mohd Faizol Che Mat Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia Author

Keywords:

Pengurusan aktiviti pelajar, aplikasi mudah alih, model ADDIE, Pusat Islam PSMZA

Abstract

Dalam era digitalisasi pendidikan, pengurusan dokumentasi dan laporan aktiviti pelajar menjadi penentu aras dalam menilai peningkatan kecekapan pengoperasian sesuatu organisasi pelajar seperti Pusat Islam Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Sistem lama yang digunapakai menyebabkan berlakunya masalah kelewatan penghantaran laporan aktiviti pelajar kerana kerana proses menyediakan laporan ini melibatkan penggunaan komputer dan pengubahsuaian template laporan sedia ada yang tidak efisien. Untuk mengatasi masalah tersebut, satu penyelesaian berasaskan teknologi untuk mengelola dan menyimpan rekod aktiviti pelajar secara digital telah dibangunkan. Oleh kerana itu penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengembangkan sebuah aplikasi mudah alih, RapidReport, yang dibangunkan khusus untuk memudahkan penghasilan laporan aktiviti pelajar di Pusat Islam PSMZA. Aplikasi ini tidak hanya membolehkan penghasilan laporan dengan cepat dan mudah, tetapi juga mengintegrasikan kemudahan storan awan yang memungkinkan penyimpanan rekod aktiviti secara efisien dan selamat. Selain daripada itu, aplikasi ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan dan dokumentasi di kalangan pengurus dan pelajar, dengan menawarkan ciri-ciri inovatif yang sesuai dengan keperluan pengguna. Metodologi pembangunan aplikasi mudah alih ini menggunakan model ADDIE iaitu Analysis, Design, Development, Implementation, and Evaluation bagi mengoptimumkan keberkesanan aplikasi dalam konteks sebenar. Dengan menyediakan alat yang efisien dan mudah diakses, RapidReport dapat meningkatkan kecekapan pengurusan aktiviti pelajar dan sekali gus mengukuhkan sistem pengurusan maklumat dalam organisasi pelajar di PSMZA.

Downloads

Published

2025-07-03

How to Cite

Pembangunan Aplikasi Mudah Alih RapidReport bagi Memudahkan Penyediaan Dokumen dan Laporan Aktiviti Pelajar Pusat Islam PSMZA. (2025). Proceeding Of International Conference on Engineering, Technology & Social Science (ICETSS), 1, 61-64. https://icetss.pmu.edu.my/index.php/icetss2024/article/view/28

Similar Articles

11-17 of 17

You may also start an advanced similarity search for this article.